Pulsa Murah

PROFIL JULIANA EVANS


Artis Cantik Malaysia Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara TV, aktres dan model iklan terkenal di Malaysia. Juliana dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Karir Juliana di mulai sebagai presenter anak-anak sejak usia 12 tahun dan akhirnya terkenal sebagai presenter remaja di TV3.

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun.

Kini Juliana beralih ke stasiun TV Astro dengan mengendalikan program Era TV.

Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya.

Pribadi

Juliana pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Adam pada tahun 2006 dan diyakini bahawa nama Juliana diabadikan dalam lagu popular Adam berjudul Hai. Bait-bait berbunyi " Biar kukenalkan dia yang rupawan. Budak melayu kacukan mat salleh Juliana namanya. Jadi pujaan setiap lelaki Bila bertemu dengannya" ditujukan kepada Juliana, malah dipersembahkan ketika acara Separuh Akhir IKON 2007. Namun hubungan cinta mereka khabarnya berakhir ketika lagu tersebut mendaki carta popular pada pertengahan 2007. Adam juga menerbitkan semula lagu tersebut dengan nembuang nama Juliana dan diganti dengan Siapakah.

Pada tahun 2008 Juliana mengakui menjalinkan hubungan dengan vokalis utama kumpulan Bunkface iaitu Sam Baharom. Biarpun mengiyakan, namun pasangan ini bertindak low profile ketika berhadapan dengan media. Hubungan cinta mereka dilaporkan putus pada awal tahun 2010 dan kini Juliana dikhabarkan bercinta dengan seorang ahli perniagaan.





Pengacaraan

1. E-Zone (Astro Ria) 2001- 2002
2. Majalah Moral (TVIQ) 2004
3. Bintang Kecil Raya (TV9) 2006
4. Remaja (TV3) 2005 - 2008
5. Gadis Melayu (TV9) - 2009
6. Era TV (Astro) 2010 - sekarang

Lakonan
Juliana Evans

Siri TV
1. Kami The Series (2007)
2. Kasut Tumit Tinggi (2008)
3. Warkah Terakhir (2009)
4. Ghost 2 (2009)
5. Sayang Cendana (2010)

Drama TV
1. Puaka Topeng Putih @ Astro Ria -2009
2. Cinta Lelong @ Astro Ria -2009
3. 2nd Hand Henfon @ Astro -2009
4. Cheritera @ TV3 -2010

Filem
1. Kami The Movie (2008) sebagai Sophie
2. Hooperz (2010)
3. Adik Manja The Returns (2011)
0 Komentar untuk "PROFIL JULIANA EVANS"

Back To Top